Saturday, 19 March 2011

Demi Sebuah Cinta Episod 1

Lizz termanggu di mejanya. Otaknya langsung tidak boleh memikirkan apa-apa sekarang. Buntu. kenapa semua ini terjadi di saat dia betul-betul perlukan seseorang untuk bersandar? Lizz menghela nafas. Sukar benar mengakui yang cinta yang selama ini dipupuk terputus ditengah jalan. Semalam, saat dia baru pulang dari kuliah, cepat-cepat dia menghidupkan suiz komputer riba yang selama ini sudah dianggap 'kekasih'.

Sambil menunggu komputer ribanya terbuka Lizz membelek jadual tugasan projek akhir  yang baru diterima tadi. Haishh... sekarang dah ada jadual siap yang pensyarah bagi. minggu ni kena siapkan yang ni, minggu depan yang tu pulak. Lizz menggaru kepala perlahan.

Lizz kembali memandang komputer riba yang berwarna hitam pekat itu. Lantas membuka tetingkap sistem pesanan pantas Skype. Dia menunggu seketika. Manalah tahu andai ada mesej-masej daripada si dia. Sesaat... dua saat... tiga saat... Tiada apa-apa perubahan pada tetingkap itu. Langsung tidak menjelma tanda yang berwarna perang terang itu di tetingkapnya. Hampa. Tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiranya, macam mana kalau aku yang mesej dia dulu? fikirnya. Dia tersenyum dan menaip sesuatu di dada skype.

Lizz : Awakk... sihat? saya tahu awak bz... sy x mau kaco...

Hantar! Apa agaknya balasan si dia? Lizz merenung skrin menunggu kalau-kalau ada balasan dari sana. Tanpa sedar matanya tertutup. Terlalu letih dia dengan hidup sebagai seorang yang bernama pelajar. Dua minit selepas itu...

Adha : Ye wak...

No comments:

Post a Comment